Semua Orang Dalam Ketakutan


Di zaman orang sudah kehilangan Tuhan

Semua peringkat derita di dalam ketakutan

Yang miskin takut dalam kepapaan

Yang kaya takut bila orang kidnap atau kena rompakan

Yang berkuasa pula takut dijatuhkan

Atau takut rakyat tidak setia

Guru-guru takut murid-muridnya tidak patuh dan taat

Ibu bapa takut anak-anak mereka tidak mengikut kata

Suami isteri prejudis satu sama lain

Masing-masing sering sahaja curiga-mencurigai

Suami takut isteri tidak setia

Isteri takut kalau poligami

Begitulah ketakutan menyerang semua peringkat manusia

Tidak ada golongan yang terkecuali daripadanya

Cuma bentuk takut satu sama lain tidak sama

Mengikutlah kedudukan itu di dalam masyarakatnya

Untuk menghilangkan ketakutan ini di kalangan manusia

Perjuangkan semula Tuhan hingga Dia dicintai

Yakinkan semula bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa

Dialah pengurus, penjaga, pelindung, menyelamat manusia

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi